HOME
HOME
 
EVENTS


Photography Booth
(Akan diberitahu pada masa akan datang)
__________________________________________________

New Album Design
Kami telah melancarkan album baru yang dikenali sebagai 'crystal' album. Sila hubungi kami untuk membuat temujanji.
__________________________________________________

Voucher Jusco!!!
Dapatkan voucher dengan setiap tempahan bergantung kepada jenis pakej.
_______________________________

Layout Baru
Kami baru sahaja menukarkan layout baru untuk laman web kami. Ianya adalah lebih ringan untuk dimuat turun berbanding sebelum ini. Harap maklum.
_______________________________



 

 

 

 

( Gallery I )

( Gallery II )

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Robani Hassan dan isterinya Irnie Hasliza. Robani merupakan pelari Kebangsaan yang
mewakili Malaysia dalam acara 400m berpagar. Antaranya la, acara yang lain tak tahu pula saya. Hihi. Seronok dan senang bekerja
dengan diorang berdua ni sebab diorang ni memang suka bergambar, pantang nampak kamera je mesti terus tersenyum dan posing
maut. Haha. Apa-apa pun selamat pengantin baru untuk Robani dan Irnie, dah tahniah sekali lagi buat merekara kerana bakal menjadi
ayah dan ibu tak lama lagi!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

( Gallery I )

( Gallery II )

Azran & Diana! Selamat pengantin baru! Bertempatkan di rumah Diana di Bandar Seri Putra,Bangi, kedua-dua pasangan ini selamat di
ijab kabul sebagai suami dan isteri. Majlis pihak perempuan diadakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara dan majlis pihak lelaki pula
diadakan di Dewan Dvilla di Jalan Semarak. Memang seronok dapat bekerja dengan diorang. Sporting habis! Apa-apa pun Selamat
Pengantin Baru kami ucapkan kepada Azran & Diana!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

( Gallery )

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada Mukhlis dan Suhana. Mukhlis ni merupakan kawan sekelas saya time matriks dulu.
Berapa tahun punya cerita tu. Memang lama la tak jumpa dia, sekali dia call. Ingatkan nak bertanya kabar ke ape ke kan, rupanya nak
guna service nak kawin. Pergh! Terkejut gua. Rezeki kawan-kawan (gua menyedapkan hati). Apa-pun gua ucapkan tahniah kepada
Mus dan suhana. Semoga mereka berbahagia ke anak cucu. Amin ( Apahal gua mula cakap gua-gua ni.haha)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

( Gallery )

Tahniah dan selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Siti Aishah & Mohd Al Hafiz. Aisyah ni baru je balik bercuti dari Italy dan
beliau telah disahkan mengandung anak pertama! Alhamdulillah syukur. Semoga mereka dimurahkan rezeki selalu. Amin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








( Gallery )

Selamat pengantin baru buat Didi & Fendi. Moga bahagia hingga ke anak cucu.. Amin. Ya rabbal alamin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

( Gallery I )

( Gallery II )

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Abd Aziz dan Zaty Hani. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Amin. Cepat-cepat dapat
baby wehhh!! Gua pulak yang tak sabarkan.hahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Baru baru ni, Nor Azlina Idris (alin) telah selamat diijabkabulkan dengan Syahril Lukman Maarof. Majlis akad nikah berlansung di rumah Alin (Taman Dagang) dan Majlis Resepsi bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Alhamdulillah, tahniah buat kedua dua mempelai. Dengan sekali lafaz, Syahril kini hilang taraf bujangnya. Hahaha.. Semoga mereka terus bahagia ke anak cucu.
( Gallery )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami Dari Abang Adik Photography Ingin Mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" Kepada Para Muslimin &
Muslimat. Semoga Hari Raya Tahun ini Membawa Seribu Rahmat & Makna Kepada Anda dan Keluarga.
Selamat Hari Raya!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Majlis Perkahwinan Antara Mohd Hashimi & Siti Kamariah Yang Diadakan Sekitar Kota Damansara Pada
21 Jun 2009
. ( Check In OurGallery )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Perkahwinan Antara Nazrul Faris & Farah Akmal di Tanjung Malim.Tahniah.
Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat. ( Check In Our Gallery )

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 


 

 

 

 

HOME | ABOUT | PACKAGE | CONTACT | GALLERY

 

 

Copyright © 2008 Abangadik Photography Enterprise (SA0082106-M)
www.abangadikphotography.com